Monday, July 28, 2014

perbualan sepi

Tuhan, 
pinjamkan aku sedikit kekuatan,
aku diduga oleh perasaan,
sungguh ini bukan mainan,
nyawa aku jadikan taruhan.

Tuhan,
seumur hidup aku impikan,
sebuah perasaan selain tulisan,
indah sungguh Kau suratkan,
sebuah cinta dalam perasaan.

Tuhan,
kenapa aku merindu?

Tuesday, July 1, 2014

kasih 12 hari

kelu lidah untuk berkata,
tentang rasa yang bernyawa.

empat ribu batu jauh kita,
dalam mimpi bertemu jua.

sungguh, aku bersungguh.


carilah Dia, InsyaAllah jumpa semua.

Thursday, February 20, 2014

rahmat (bukan nama sebenar)

saat itu aku terpaku,
mendengar alunan paling merdu,
senyum terukir bersulam sendu,
inilah cinta yang selalu aku rindu.

maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Friday, February 14, 2014

nur raihan

terima kasih wahai Pencipta, 
izinkan aku merasa,
indahnya rasa cinta,
walau untuk seketika.

aku baru kembali daripada satu perjalanan yang mengasyikkan, terlalu mengasyikkan.

Allahu akbar

Saturday, January 11, 2014

kondisi paling stabil

seumur hidup aku berdoa,
akhirnya aku diberi nyawa,
terima kasih tuhan yang esa,
sungguh aku mahu terus setia.