Thursday, February 16, 2012

tolong jangan tolong

semua ini terlalu berat,
datangnya bertimpa membelit urat,
entah kenapa rasanya seolah dikerat,
walhal aku sendiri yang memasang jerat.

mohon tinggalkan aku sendiri,
dalam dunia yang sunyi sepi,
aku tahu aku lemah bersendiri,
setidaknya aku tahu siapa srikandi.

aku hilang perkataan.
aku hilang perasaan.

betulkah aku menghampiri masa hadapan?

No comments:

Post a Comment