Monday, July 23, 2012

sekian, terima kasih.

tujuh purnama bersengkang mata,
mencuba mencari nur di hujung sana,
barangkali belum tiba masa dan ketika,
untuk dinikmati segala rasa.

berbahasa tidak bertata,
berbisik tidak bernada,
perasaan tidak lagi tumbuh melata,
gara-gara lohong besar di dada.

kadang aku menangis tersedu,
menyeru jangan pergi tinggalkan aku,
kadang aku tegak berdiri,
enggan menoleh walau sekali.

kering sudah air mata,
mengenang jiwa yang terluka lara,
ditelan habis tidak terkata,
segala duka dan sengsara.

aku lari melepaskan diri,
daripada perjanjian hidup atau mati,
dan berhenti bila sendiri,
kerana lelah hidup seakan mati.

mohon Tuhan pinjamkan segala kekuatan,
kali ini aku nekad lepaskan genggaman.

No comments:

Post a Comment